Thursday, April 3, 2008

Pelakon Yusni Jaafar Meninggal Dunia

Perkhabaran sedih hari ini, apabilia pelakon veteran popular, Yusni Jaafar telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 2.30 pagi tadi di HOSPITAL SELAYANG disebabkan oleh penyakit hatinya menjadi semakin kronik. Namun begitu bersyukurlah saya kerana Kak Yusni berjaya disatukan bersama anak-anak beliau semula sebelum dimasukkan sekali lagi ke hospital pada 12 Mac yang lalu kerana keaadaanya yang semakin tidak stabil.
Jenazah Allahyarhamah telah dibawa ke rumah keluarganya di No 37, Jalan USJ3/20 dan seterusnya ke masjid berdekatan Subang Parade Seksyen 15 untuk urusan pengebumian. Allahyarhamah telah disemadikan di Tanah Perkuburan USJ 20 sebelum Zohor tadi. Kepada ALLAHYARHAMAH KAK YUSNI JAAFAR, kita ucapkan AL-FATIHAH!

No comments: