Friday, November 2, 2007

Penukaran Callsign/Isyarat Panggilan Repeater Nesrac

Penukaran Callsign/Isyarat Panggilan Repeater Nesrac telah diluluskan
oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 5/9/2007,
Penguntukan Radas No Siri : A716048. Terdapat sedikit kelewatan
penerimaan Penguntukan Radas oleh Nesrac. Penguntukan Radas yang baru
telah diterima pada 2/11/2007 dengan Callsign Repeater yang baru
9M4RNS. Penukaran Callsign Repeater ini adalah wajar kerana terdapat
kekeliruan bagi ramai Stesen Radio Amatur diantara Club Callsign dan
Repeater Callsign.

Club Callsign : 9M4CRN
Repeater Callsign : 9M4RNC (Lama)
Repeater Callsign : 9M4RNS (Baru)

Penukaran Callsign Repeater ini juga adalah sejajar dengan nama kelab
iaitu Kelab Radio Amator Negeri Sembilan. Oleh yang demikian adalah
amat bersesuaikan bahawa Callsign Repeater di tukar kepada
9M4RNS "RNS - Repeater Negeri Sembilan"

No comments: